14/05/2014

cerita


Hingga ke hari ini, aku masih tak boleh terima pemergian nya, walau hati cuba merelakanya. Ya allah berikanlah diri ini kekuatan agar sentiasa menerima keredhaan mu. Hati selalu merinduinya. Selalu dan selamanya. 

Short story.
Mak, pinggan sakitlah hari tu jatuh tangga. (Mak tengok tv sambil layan cucu) aku g dapor amek minyak kelapa letak bawang sbb selalu mak urut guna minyak mcm tu. Nahh mak, minyak. Mak masih buat tak tahu. Mak penatlah,jawab mak. ok mcm tu xpelah. aku bawak minyak masok bilik urut sendiri. Dalam hati ''come on jgn menangis'' tiba-tiba pintu berkuak. dia jln terkedek-kedek dekat dgn aku. Sabarlah.katanya, jgn amek hati sangat. Sini biar bapak urut. Air mata terus meleleh... 

pakkk. lepas nie spe nak pujuk urul? nak tahu tak? skrg balik kampung xde spe nak amek dekat klang sentral. Bila turun bus je ingat bapak. Sbb bapak mesti akan tegur. "alaa ayunye anak bapak'' ''rindulaa rul'' Dia mengajar aku erti kasih syg. 






06/05/2014

kata hati

Berlinang air mata, satu persatu aku menerima sesuatu dan belajar sesuatu. Hati menjerit "mana penghujungnya!" Dlm kuat, dlm tabah aku tersungkur jugak. Kenapa aku? kenapa? kau yg terpilih safika jgn mudah mengalah.
Kadang2 rasa diri nie bodoh sangat, diploma hanya atas sijil bukan dari akal, kenapa? sbb sikap aku macam org yg tak berpelajaran. Berkata hanya mengikut perasaan, bertindak ikot nafsu ! 
Kenapa?
aku perlukan kawan
aku sunyi, tak ada kawan gaduh, potpet, tak boleh gelak2.
rumah selalu sunyi, aku tertekan.
makan sendiri, tengok tv sendiri, terperap je dlm bilik.
Bila sendiri mcm2 perasaan dtg, mcm2 yg aku igat.

05/05/2014

Jejari Hati

KECEWA. haa itulah aku rasa. Kecewa dgn diri sendiri. Yg suka menyusahkan org. Kadang2 kita xsedar n xthu bila kita mintak tolong org n org 2 tolong. kita susahkan dia atau x? ikhlas atau x? tapi siapa kita utk mengukur keikhlas seseorang. USAHA SENDIRI itu lah yg aku selalu ingatkan dekat diri bila sedar dari mimpi. Bapak pun dh kata "bukan senang nk senang" ok redha. Hidup biarlah dipenuhi dgn kesabaran dlm keimanan. Ketika kau berada diatas, jgn kau bermegah dgn apa yg kau miliki sekarang kerna ada yg berjauh hati ketika itu kerna dia sedang berusaha melangkah dan menyedarkan diri. Siapa tahu dlm senyuman itu ada kepahitan sebenarnya tapi dia cuba utk tersenyum.Sebahagia mana pun dia tak seperti kau sangka. Dalam diam dia menangis hanya tuhan mengetahuinya. 

       Walau itu yg terluah, tapi aku masih kuat melangkah dan berlari hanya kerna aku ingin mencuba dan mencuba, sekali gagal tak bermakna gagal selama-lamanya. Niat dihati "hanya utk menyenangkan emak dikampung" insyallah, percaya pada rezeki yg allah berikan.

Mak, tunggu urul taw. Bila apa yg Urul dh dapat. Insyallah. kita duduk rumah sama, tidor sama, makan sama dan semualah sama2. Urul tahu mak bosan xde kawan dekat rumah sbb urul pon sama apa yg mak rasa. Mak sabar ye. Jarang balik, jarang call tak bermakna anak mak yg lembik nie lupa dekat keluarga kalian selalu diingatan. makkkkkkkk !!! rindu. assalammualaikom. :(

30/04/2014

kesedaran itu.

Assalammualaikom, selamat pepetang. Hati cuba menyampaikan, tangan cuba menerangkan tapi siapa yg akan memahami? jangan teruskan baca kalau ia mula memualkan. Cara aku? hanya berkias sebab? aku bukan perempuan yg pandai cakap lembut2 ayu2 tapi niat ada utk mnjadi "Gadis ayu" bukan gedik bukan berangan tapi kesedaran, kekasaran aku buat ramai yg tersakiti dgn cara aku berkata yg bnyak menyakiti hati org tanpa sedar atu sedar. MACAM MANA BOLEH SEDAR?satu persatu org yg aku syg meninggalkan aku
  1. Bapak meninggal aku xsempat tengok.

Pesan bapak : Rul jgn degil, jaga mak, jgn lembik. Tak ada siapa yg bapak boleh harap dh cuma nurul.

     2.  D.w budak gila nie rekrut 8bulan n now? sebok mengalahkan P.M 

Pesan dia : berdikari. Bangun sendiri.

     3.  Sakit ! Penyakit yg paling aku merana ! 

    4. Aku sendiri, kawan2 semua jauh. Tapi semangat doa mereka buat aku kuat. Thanks kepada D.W Niknazieka, syuhada, laili. dan tak lupa jugak dekat atiq (gemok).

Nampak simple kan? tapi banyak benda aku belajar. Belajar erti kedewasaan. kesabaran. Hari2 aku merindui masa lalu aku. Paling terasa aku rindu bapak. rindu sangat. Bila Aku susah dia org pertama aku call dari aku belajar sampailah dh habis belajar. Aku akan menangis mengadu "bapak susahlah" jawab dia "bukan senang nak senang usaha lagi. Rupa2 nya masa konvo aku last pelok cium die. haihhh. sedih :( tapi malang masa tak boleh diundur. *puasa jgn nangis*
Bapak alfatihah.



13/05/2012

kesedihan itu

Jangan sedih bila orang lain tidak memahami awak..
Tapi sedihlah kerana awak tidak mahu memahami orang lain.

Jangan sedih bila orang lain tidak mempercayai awak..
Tapi sedihlah kerana awak tidak percaya diri sendiri.

Jangan sedih bila orang lain tidak memberi kesempatan kepada awak..
Tapi sedihlah kerana anda belum buat persiapan.

Jangan sedih bila orang lain tidak menghargai awak..
Tapi sedihlah kerana awak pernah tidak menghargai orang lain suatu ketika dahulu…

P/S: ALLAH menguji keikhlasan apabila bersendirian. ALLAH memberi kedewasaan apabila ditimpa masalah. ALLAH melatih kesabaran dalam kesakitan. Dan ALLAH tidak pernah mengambil sesuatu yang kita sayang, kecuali menggantikannya dengan yang lebih baik..InsyaALLAH.

Ketika hati brsedih kita perlu untuk memilih..
Pilihlah untuk senyum, walaupun kita memiliki sebabu untuk muram..
Pilihlah untuk bangkit walaupn kita telah jatuh dan malu..
Pilihlah untuk sabar dan redha walaupun kita ada alasan untuk kecewa..
Kerana ingatlah.. ALLAH sentiasa bersama org yang bersabar


18/03/2012

Hikmah berdiam diri

RENUNGAN 

Manusia berbicara setiap masa. Bicara yang baik akan membawa keselamatan dan kebaikan kpd manusia. Jika bicara tidak mengikut adabnya, manusia akan merana di dunia dan di akhirat. Di dunia akan dibenci oleh manusia lain manakala di akhirat bicara yang menyakiti hati org lain akan menyebabkan kita terseksa kekal abadi di dalam neraka Allah SWT.

Bagi mereka yg beriman, lidah yg dikurniakan oleh Allah itu tidak digunakan utk berbicara sesuka hati dan sia-sia. Sebaliknya digunakan utk mengeluarkan mutiara-mutiara yg berhikmah.

Oleh itu, DIAM adalah benteng bagi lidah manusia drp mengucapkan perkataan yang sia-sia.

HIKMAH DIAM

1. Sebagai ibadah tanpa bersusah payah.
2. Perhiasan tanpa berhias.
3. Kehebatan tanpa kerajaan.
4. Benteng tanpa pagar.
5. Kekayan tanpa meminta maaf kpd orang.
6. Istirehat bagi kedua malaikat pencatat amal.
7. Menutupi segala aib.
HADIS RASULULLAH S.A.W TENTANG DIAM:
* "Barangsiapa yg banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya. Barangsiapa yg banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya. Dan barangsiapa yg banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya". ( RW ABU NAIM )
* "Barangsiapa yg beriman kpd Alah dan Hari Akhirat, maka hendaklah ia berkata yg baik atau diam". ( RW BUKHARI & MUSLIM )
* "Barangsiapa diam maka ia terlepas dari bahaya".( RW AT-TARMIZI )

MADAH HUKAMA' :
* BANYAK DIAM TIDAK SEMESTINYA BODOH, BANYAK CAKAP TIDAK SEMESTINYA CERDIK, KRN KECERDIKAN ITU BUAH FIKIRAN, ORG CERDIK YG PENDIAM LEBIH BAIK DR ORG BODOH YG BANYAK CAKAP.
* MENASIHATI ORANG YG BERSALAH , TIDAK SALAH. YANG SALAH MEMIKIRKAN KESALAHAN ORANG..
* KALAU ORG MENGHINA KITA, BUKAN KITA TERHINA, YG SEBENARNYA ORG ITU MENGHINA DIRINYA SENDIRI.
Manusia tidak akan dapat mengalahkan syaitan kecuali dgn diam. Jalan yg terbaik ialah diam kalau kita tidak dapat bercakap! kearah perkara2 yg baik. Bicara yg baik adalah lambang hati yang baik dan bersih yang bergantung kpd kekuatan iman pada diri manusia.
                                                               

10/03/2012

SABAR... REDHA... KUAT... TENANG... MENANGIS

SABAR:
Sabar Di Sebalik Kemarahan
Sabar Di Sebalik Ujian
Sabar Menyelesaikan Masalah

REDHA:
Redha Dengan Ketentuan-Nya
Redha Terhadap Takdir-Nya
Redha Di Sebalik Setiap Yang Terjadi
Yakin Pasti Ada Hikmah Yang Allah Beri...

KUAT:
Kuat Menghadapi Ujian
Kuat Melawan Nafsu Yang Tidak Baik
Kuat Mempertahankan Maruah Dan Agama
Kuat Menjalani Kehidupan Yang Penuh Berliku

TENANG:
Tenang Menghadapi Kehidupan Yang Penuh Dugaan
Tenang Apabila Orang Berkata-Kata Nista Kepada Kita
Tenang Apabila Diri DiKhianati
Tenang Apabila Hati Dilukai

MENANGIS:
Menangis Mengenangkan Dosa-Dosa Yang lalu
Menangis Mengenangkan Kejahatan Dan Kesalahan Yang Lalu